Sunday, 17 May 2015

Ahli Parlimen Bakri diancam bunuh gara-gara bantu penduduk

erteckhwa




Roketkini.com





BAKRI: Gara-gara membantu seorang penduduk di kawasannya,
Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa menerima ugutan bunuh daripada seorang
lelaki.




Suspek dilaporkan menceroboh ke pejabat beliau kira-kira jam 11.15
pagi semalam. Risaukan keselamatan diri, beliau segera membuat laporan
polis.




“Lelaki Cina itu telah menceroboh pejabat saya dan ugut untuk
datangkan kecederaan dan ingin membunuh saya sambil menggunakan
kata-kata kesat terhadap saya,” lapor beliau kepada polis.




Difahamkan, lelaki tersebut mengugut Teck Hwa kerana beliau sering membantu seorang lagi mangsa gangguan lelaki itu.




Sebelum ini, laporan polis dibuat terhadap suspek ekoran perbuatan
mengganggu mangsa. Er Teck

Hwa dalam laporan polisnya menggesa polis
menyiasat suspek yang disyaki mengambil dadah.




“Saya harap polis menyiasat kes ini dan ambil tindakan. Keselamatan
pihak saya, keluarga dan pembantu saya terancam,” tambahnya. –
Roketkini.com







No comments:

Post a Comment