Sunday, 17 May 2015

96 projek Sekolah Agama di Johor gagal diurus

20150517_111709

IMG-20150517-WA0062



Roketkini.com





JOHOR
BAHRU,: Ekoran Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan projek
membina 96 buah sekolah agama gagal diurus, Pakatan Johor dalam satu
kenyataan bersama mendesak Kerajaan Negeri supaya bersikap telus.




Mengikut jadual, projek yang bernilai lebih RM 319.04 juta itu sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun sejak 2012.




Namun projek yang dijalankan secara rundingan terus antara Kerajaan
Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Mysysnet
Development Sdn Bhd (MDSB) ternyata gagal disiapkan.




Laporan Ketua Audit Negara 2014 mengatakan pengurusan pembinaan
sekolah agama tidak diuruskan secara teratur, cekap dan berhemah.




Ini termasuklah pemasangan tidak sempurna. Pemaju tiada pengalaman dan kualiti pembinaan yang tidak memuaskan.




“Buktinya boleh didapati menerusi tinjauan tapak projek pembinaan
sekolah agama Taman Bukit Perdana, Sarang Buaya dan Sungai Balang
contohnya dalam keadaan usang , tiada pintu dan papan dinding dimamah
anai-anai,” kenyataan tersebut dipetik.




Pengumuman penamatan kontrak MDSB oleh Menteri Besar Datuk Seri
Khaled Nordin baru-baru ini dan menyatakan projek itu akan diambil alih
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd turut menimbulkan banyak tanda
tanya awam.




IMG-20150517-WA0064



Ia termasuklah apakah tindakan yang diambil ke atas pemaju-pemaju yang
gagal memenuhi syarat dan gagal menyempurnakan projek mengikut
spesifikasi yang digariskan.




“Pakatan Johor mendesak kerajaan negeri segera menyatakan apakah
status pemaju yang gagal menyiapkan pembinaan mengikut tempoh yang
ditetapkan dan berapakah pertambahan kos bagi baik pulih kerosakan yang
dialami?




“(Dan) adakah pemaju yang mengambil alih projek ini dipilih menerusi
tender terbuka?” soal kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Penggaram Gan
Peck Cheng, Adun Putriwangsa Hj Abdullah Hussin dan Adun Yong Peng Chew
Peck Choo. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment