Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin diminta menghentikan tulisan yang memecah belahkan parti.
Desakan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Katanya, dalam artikel yang ditulisnya, ada sahaja ayat yang menguji kesabaran UMNO.
“Kepada Pak Cik Zam, gunakanlah pengalaman untuk perkuatkan ukhwah
dalam UMNO. Kongsikanlah ilmu yang baik untuk digunakan ke jalan yang
benar. Tak perlu menulis untuk terus menerus menghuru-harakan UMNO”,
nasihatnya.
Jelas Razlan, apa yang ditulis Zainuddin atau lebih dikenali dengan
Zam bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini, di mana beliau satu
ketika pernah berjanji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.
Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya
memungkiri janji dan kembali meneruskan hobinya dengan menulis artikel
berkaitan
No comments:
Post a Comment