Wednesday, 13 May 2015

[VIDEO] Perisian "Tembak Maslan 3.85" Untuk lepaskan Geram Terhadap GST


KELAB GREENBOC






















Bahana GST, zombie 'Maslan 3.85' ditembak



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling
kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).




Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci
pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan
penyokong pembangkang.



Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan
kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak
zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android.



Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan
“Maslan 3.85 extended version”, dipercayai memperolok nilai Purata
Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti.



Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh,
ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian
compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.



Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST.



Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga
mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen
dan Putrajaya.



“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati
oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda
dengan Maslan 3.85 Corrupted Version,” menurut penerangan di tapak muat
turun Google Play.



“Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan
warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun
meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata.”



Percuma 'tanpa GST'



Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak
seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6
Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini
ditulis.



Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak “Maslan 3.85” itu
hanya rekaan dan “tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam
berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang”.



Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma “tanpa GST”, kata syarikat itu lagi.



Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang
menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk
pengaduan masalah di sektor awam negeri itu.



Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada Ahmad dan Vnbox berkaitan perkara ini. -mk







LIHAT VIDEO DI SINI









No comments:

Post a Comment