Saturday, 9 May 2015

TH jual tanah yang dibeli dari 1MDB




Isu 1MDB Grafik Sinar Online






KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan
menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX)‎ yang dibeli
daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM188.5 juta
sebelum ini.



Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Abdul Rahim berkata,
keputusan itu dipersetujui oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah TH setelah
mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
pagi tadi.



"Pada mesyuarat malam tadi semua Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk
mempertahankan tanah ini. Namun, pagi ini Perdana Menteri membuat
panggilan telefon dan menasihatkan supaya menjual tanah ini bagi
mengelakkan TH terus difitnah.



"Maka, Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat sekali lagi pagi ini dan bersetuju untuk menjual tanah tersebut.



"Keputusan ini juga dibuat demi menjaga sentimen pendeposit TH yang
risau dengan wang simpanan mereka sejak isu ini dibangkitkan sejak dua
hari lalu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment