Friday, 15 May 2015

Polis rampas dadah RM51 juta di KL dan Pulau Pinang







Seramai 17 suspek ditahan iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.







dadah RM51 juta








BUKIT AMAN: Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special
Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di
sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.




Pengarah JSJN Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata,
pasukannya menahan 17 iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga
Bangladesh.




Beliau berkata, dalam serbuan polis merampas 220kg Syabu, 132kg pil
dan serbuk Ekstasi, 18kg Ketamin serta dua buah mesin “vacuum packer”.




Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM51 Juta dan turut disita
18 buah kenderaan, wang tunai RM129,000, barangan kemas serta jam tangan
berjenama.




Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan hasil rampasan yang berjaya dibuat JSJN dari bulan Januari sehingga 11 Mei 2015.




“Seramai 10,267 orang telah ditangkap melibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM61 Juta,” katanya lagi.




Selain itu, sebanyak 40,284 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah
kertas siasatan dituduh sebanyak 25,031 kes (46%) dalam tempoh itu


No comments:

Post a Comment