Monday, 4 May 2015

Permohonan reman ditolak kerana tuduhan tidak munasabah





Antara tuduhan yang diberikan polis kepada
mahkamah ialah menconteng, buang batu, mercun, jerit Batal GST, Hidup
Rakyat dan Henti Rasuah







gst3_600








PETALING JAYA: Tuduhan tidak munasabah yang diberikan pihak Polis
antara sebab mahkamah menolak permohonan reman beberapa pemimpin
pembangkang berhubung penganjuran Batal GST pada 1 Mei lalu.




Antara tuduhan yang diberikan oleh polis antaranya:



  • menconteng

  • bom asap

  • buang batu

  • mercun

  • jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan henti rasuah


Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan telah disebarkan menerusi media sosial.




Arul ditahan selepas diminta menyerah diri kepada pihak polis




Turut dibebaskan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S
Ambiga, Anthony Loke daripada DAP, Dr Hatta Ramli daripada Pas dan
Rafizi Ramli daripada PKR.




Mereka dibebaskan pada 2 Mei selepas ditahan secara berasingan.




Sementara itu, Arul memaklumkan 29 peserta bantahan itu masih ditahan setakat ini dan merayu sokongan orang ramai.


No comments:

Post a Comment