Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah
memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan
Rakyat.
Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana
menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya
Pandikar, Datuk Ronald Kiandee.
"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah
berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.
M
sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di
Parlimen.
Bagaimanapun, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan melalui pos di Facebook, setiausaha Pandikar menafikan dakwaan berkenaan.
Malah, kata setiausaha itu, Pandikar sendiri terkejut dengan kenyataan dibuat Dr Mahathir.
Sementara itu Kiandee (gambar) juga dilaporkan menolak dakwaan peletakan jawatan Pandikar.
Kata Kiandee, spekulasi mengenai peletakan jawatan itu diketahui sejak sidang parlimen berakhir pada 9 April lalu.
Ada sumber sahkan
Memetik kenyataan Kiandee, The Star melaporkan kedua-dua mereka bertemu beberapa hari lalu dan perkara itu tidak dibincangkan.
"Malah pada sesi lalu cakap-cakap mengenai peletakan jawatan itu timbul
tetapi ketika itu Pandikar sedang bercuti. Beliau kemudian hadir pada
akhir sesi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber yang rapat dengan Dr Mahathir
sekali lagi menegaskan Pandikar memang ada bertemu dengan bekas perdana
menteri itu.
"Saya boleh sahkan dia (Pandikar) datang bertemu Tun (Dr Mahathir) di
Yayasan Albukhary pada Jumaat. Ia berlaku sejurus sebelum beliau
mengambil cuti," katanya kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment