Monday, 18 May 2015

Kes Altantuya terpendam 9 tahun kerana konspirasi?

ALTANTUYA




Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Jawapan yang diberikan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dalam blog beliau nampaknya masih tidak dapat merungkai
pelbagai tanda tanya, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri kenyataan
Najib yang lebih berupa jawapan kepada soalan lazim (FAQ) membuka
pemikiran jika berlaku konspirasi selama sembilan tahun antara pihak
berkuasa untuk mengelakkan motif pembunuhan gadis Mongolia, Altantunya
Sharibuu didedahkan.




“Apakah wujud ‘konspirasi’ selama sembilan tahun melibatkan polis,
peguam negara dan badan kehakiman untuk mengelakkan persoalan tentang
motif pembunuhan Altantuya?” soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu hari
ini.




Ujar Kit Siang, persoalan tersebut penting difikirkan kerana kes
tersebut sudah disiasat, dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah
Persekutuan. Dua bekas anggota polis pula disabitkan kesalahan membunuh
Altantuya.




Dalam blog rasminya, antara jawapan Najib mengenai pembunuhan
Altantuya adalah menekankan bahawa keputusan penghakiman tersebut
“membawa keadilan kepada semua orang, dan yang paling penting kepada
keluarga mangsa, tertuduh dan juga kepada saya.”




Najib semalam mengemukakan 13 jawapan pelbagai isu, dengan kes pembunuhan Altantuya menjadi isu pertama disenaraikan.




Ia dilihat disiapkan Najib untuk menjawab kritikan pedas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.




Dr Mahathir berkata, kes pembunuhan Altantuya melibatkan nyawa
manusia dan “amat zalim” jika tertuduh dibiarkan menjalani hukuman mati
hanya kerana menjalankan arahan.




Najib dalam bidasannya turut mempersoalkan mengapa “individu
berpengaruh (dengan) pelbagai sumber” membangkitkan dan mengaitkan
beliau dalam kes tersebut.




Kata Kit Siang, sekiranya Najib benar-benar mengambil berat tentang
keadilan untuk dirinya, dia juga harus mengarahkan siasatan penuh bagi
mendedahkan pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya.




“Adakah Najib bersedia menyatakan Mahkamah Persekutuan malaysia sudah
membawa keadilan kepada semua pihak yang terlibat?” katanya. –
Roketkini.com







No comments:

Post a Comment