Friday, 8 May 2015

Kemenangan Kak Wan, bukti UMNO-BN menuju kehancuran – Steven Sim

steven-sim





Roketkini.com





PERMATANG PAUH: Pengarah Pilihanraya DAP pilihan raya kecil
(PRK) Permatang Pauh, Steven Sim Chee Keong menyifatkan kejayaan Datuk
Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kemenangan yang amat bermakna untuk
Pakatan Rakyat (PR).




Steven berkata, kejayaan mengekalkan kerusi parlimen ini adalah amat manis dan berasaskan tiga perkara.




Pertama katanya, ia menunjukkan bahawa prestasi keseluruhan PR
sentiasa utuh apabila berjaya mengekalkan peratusan undi pada 2013.




“Ini menunjukkan bagaimana momentum kelangsungan PR masih ada dan
sentiasa utuh,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengiraan Undi IKBN
Bukit Mertajam malam tadi.




Kedua menurut Steven, ia juga adalah kemenangan bersama ketiga-tiga parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP.




“Ini jelas menggambarkan bahawa PR masih relevan, dan
penyokong-penyokong kami, ahli-ahli PR hendak kita bersama serta terus
dalam satu koalisi untuk memperjuangkan hak rakyat.




“Tanpa usaha ketiga-tiga komponen, kejayaan ini tidak mungkin akan berlaku,” ujarnya.




Tambah Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu lagi, kemenangan di Permatang
Pauh selain kejayaan menurunkan majoriti di Rompin juga merupakan
tamparan hebat kepada UMNO-BN yang nyata menuju ke arah kehancuran
menjelang PRU akan datang.




“Rakyat telah bersuara dengan lantang menentang dasar zalim
terutamanya dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
serta kepincangan pentadbiran UMNO-BN dan masalah hutang berbilion
ringgit 1MDB,” ujar Steven. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment