Friday, 8 May 2015

Kamalanathan: Kita ambil yang terbaik, Tuanku

MALAYSIAKINI















Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima cadangan sultan
Johor untuk mencontohi Singapura yang menggunakan sistem pendidikan asas
satu aliran dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.



Katanya kerajaan sentiasa mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di pelbagai peringkat pendidikan di negara ini.



Kamalanathan
berkata pihaknya menghargai titah Sultan Ibrahim Ismail berhubung
perkara itu dan akan terus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.



“Ia proses yang berterusan,” kata Kamalanathan selepas sebuah acara
bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi Nepal di sebuah kolej di
Subang Jaya hari ini.



Kamalanathan menegaskan bahawa pemantapan dwibahasa Inggeris dan Melayu
disepadukan dalam sistem pendidikan Malaysia dan disebut secara khusus
dalam rangka dasar pendidikan Malaysia.



Beliau bagaimanapun tidak mengulas sama ada bahasa Inggeris akan dijadikan pengantar di sekolah.



“Kita sentiasa mengambil amalan terbaik di seluruh dunia untuk pendidikan Malaysia ,” katanya.



Tak faham BM, kata FB pro-Umno



Sultan Johor semalam menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang
membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran
menggunakan pengantar bahasa Inggeris.



"Satu perkara menarik yang boleh kita contohi daripada Singapura adalah
perpaduan rakyat yang telah dibentuk daripada sistem pendidikan asas
satu aliran dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,”
katanya.



Sementara itu laman Facebook pro-Umno Muafakat Umno Johor berkata laporan Malaysiakini berhubung titah sultan tidak seperti dimaksudkan.



"Bila Malaysiakini tak faham bahasa Melayu," tulis laman sosial itu.










No comments:

Post a Comment