Thursday, 7 May 2015

Bertumbuk, Baling Kerusi, Maki Hiasi PRK Parlimen Permatang Pauh

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK




BUKIT MERTAJAM: Insiden
keganasan dan kekecohan antara penyokong pakatan pembangkang dan Barisan
Nasional (BN) mencemari suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh
yang berlangsung pada Khamis.




Bermula dengan ‘perang mulut’, ketegangan kedua-dua penyokong
berkenaan akhirnya tidak terkawal hingga berlakunya insiden
tumbuk-menumbuk.




Lebih buruk apabila pegaduhan tersebut turut mencederakan seorang petugas media dari portal berita KLXpress, Mahathir Mohammad.




Mangsa dipukul dalam kejadian kekecohan di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat di sini.













Namun tidak dapat dipastikan individu yang memukul mangsa terdiri daripada pihak mana.




Selain itu kekecohan turut dikesan berlaku di bawah jejambat berhampiran pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.




Bagaimanapun penyokong daripada Pakatan Rakyat dan BN yang berkumpul
di bahu jalan hanya berperang mulut hingga menyebabkan kesesakan teruk
sepanjang empat kilometer.




Sesekali kumpulan berkenaan bertindak agresif khususnya ketika sebuah
kenderaan jenis Kancil dengan bendera PKR yang melintasi kawasan itu
membawa replika mayat berbungkus kain putih.




Tindakan provokasi itu mengundang kemarahan di kalangan penyokong BN.
Namun tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap kenderaan
terbabit.




Kekecohan turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Kubang
Semang dan Guar Perahu namun berjaya dikawal oleh anggota polis.



No comments:

Post a Comment