Friday, 1 May 2015

2 Beradik Gagal Dikesan di Nepal Tiba di Malaysia

RAKYATNEW

SEPANG - Terpaksa bersesak dengan ribuan manusia di Lapangan
Terbang Tenzing Hillary Lukhla, Nepal sejak Isnin lepas, akhirnya dua
beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas
kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada 25 Mei lalu, tiba di tanah
air malam Sabtu lepas.

Mereka ialah Gan Siew Fern atau Jane, 27; dan adiknya Gan Siew Mei atau
June, 26; yang gagal dikesan sebelum ini, tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.27 malam Sabtu menaiki
pesawat AirAsia X, D7 193.

Jane berkata mereka yang berada di Lukhla untuk aktiviti pendakian ke
kaki Gunung Everest (Base Camp) terpaksa bersesak-sesak untuk
mendapatkan tiket penerbangan domestik ke Kathmandu.

"Ia satu pengalaman yang menyeksakan kerana terpaksa bersesak-sesak
dengan ribuan orang dalam keadaan yang kadang-kala bekalan elektrik
terputus dan talian telekomunikasi yang terhad.

"Kami menunggu sejak Isnin dan hanya hari ini kami mendapat tiket dari
Lukhla ke Kathmandu dan meneruskan penerbangan ke Malaysia malam Sabtu.

"Terima kasih kepada wakil kedutaan Malaysia di Kathmandu yang dikenali
dengan nama Fadli kerana membantu kami...Tanpa pertolongan beliau, saya
rasa kami tidak dapat pulang ke Malaysia lagi," katanya ketika ditemui
di sini malam Sabtu.

Kedua beradik itu ke Nepal pada 21 April dan berjaya sampai ke Base Camp sebelum berlaku gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan
antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang
(waktu Malaysia) pada Sabtu.

Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku. Setakat in, tragedi gempa
bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu dilaporkan
telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan kira-kira 8,000 orang
cedera.






No comments:

Post a Comment