Monday, 11 May 2015

PM dan politik 'daun balik angin' Sabah

MALAYSIAKINI















Sokongan puluhan ribu rakyat Sabah dalam himpunan solidariti dengan
Datuk Seri Najib Razak semalam disifatkan hanya "merebahkan" perdana
menteri.



Ia sekali gus, kata pengamat politik Mohd Sayuti Omar (bawah), "memandu Najib menuju keranda untuk dibawa ke liang lahad".



Gagal
membaca politik Sabah yang didakwa sering berubah, Sayuti berkata Najib
tersilap menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad selepas terpesona dengan
jumlah peserta dalam acaranya di Sabah.



“Najib lembap dalam mengemaskini status sokongannya.



"Politik orang Sabah, boleh terbalik dan berubah dalam masa beberapa minit sahaja.



"Politik orang Sabah adalah politik 'daun balik angin',” kata penulis yang dekat dengan Pakatan Rakyat.



"Orang Sabah boleh merubah pegangan politik dan sokongannya gara-gara
hanya tidur mereka kerana diganggu mimpi dan igau atau perjalanan mereka
tersepak batu.”



Ada ubi ada batas



Sayuti mendakwa rakyat di negeri itu mengalami keazaban politik sejak
puluhan tahun akibat “dipersenda” BN dan tiba masanya mereka
mempermain-mainkan Najib.



"Orang Sabah sebenarnya berdendam dengan orang Kuala Lumpur terutamanya parti yang dipimpin Najib.



"Apakah Najib boleh percaya dengan orang yang ada dendam? Ada ubi adalah batas," katanya.



Kemarahan itu, katanya, terus membara dengan pelaksanaan cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) dan munculnya kontroversi berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan Tabung Haji.



"Umpama orang terdesak dia akan melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak masuk akal ataupun ganjil,” katanya.









No comments:

Post a Comment