Wednesday, 6 May 2015

Golongan belia kekal miskin, bukti BR1M tidak selesaikan masalah

vsivakumar



Roketkini.com





IPOH,: DAP mendesak kerajaan agar mengambil langkah-langkah
lebih proaktif untuk meningkatkan pendapatan golongan belia dan bukannya
hanya memberikan tumpuan kepada sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M).




Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berkata, pemberian BR1M langsung tidak menyelesaikan masalah sosio ekonomi golongan belia.




Menurutnya, ini terbukti berdasarkan statistik bahawa seramai 2.2
juta orang golongan belia masih mendapat gaji kurang daripada RM3,000
sebulan.




“Kemiskinan di kalangan para belia adalah sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.




“Memberi BR1M kepada golongan belia tidak akan menyelesaikan masalah
sosio ekonomi yang dihadapi golongan ini, perlu ada pendekatan yang
lebih komprehensif dan inklusif dalam membantu pendapatan mereka, “
katanya dalam satu kenyataan.




Mengikut maklumat yang diberikan Kementerian Kewangan seramai
3,631,394 belia di bawah umur 40 tahun menerima BR1M daripada jumlah
keseluruhan 7,286,268 orang.




Jumlah tersebut menjadikan 49.8 peratus penerima BR1M adalah terdiri daripada golongan belia miskin dalam negara.




Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP menegaskan, tidak ada
makna jika Malaysia mencapai status negara maju tetapi sebilangan besar
daripada golongan belia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan
dan kekal berada dalam kategori miskin.




Katanya lagi belia juga perlu dibantu supaya mereka tidak terlibat
dalam gejala-gejala sosial yang boleh membawa kemudaratan kepada diri
dan keluarga mereka.




“Penglibatan belia dengan anasir-anasir jahat akan mendorong mereka
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan
undang-undang.




“Persaingan dan tekanan hidup yang melampau seperti kenaikan harga
barangan ataupun inflasi juga boleh mendorong golongan ini menyertai
kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap dan sebagainya,” kata
beliau. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment