![]() |
Oleh Mohammad Agus Yusoff
Bercakap di Milan tentang isu 1MDB, TPM menyatakan beliau buntu untuk menjawab isu ini. Jika
TPM pun buntu, apatah lagi rakyat? Benarkah 1MDB ini masalah kepada
ekonomi negara? Bagi pembangkang dan masyarakat sivil, mereka mendakwa
masalah besar kerana hutangnya pun sudah RM42 bilion.
Bagi
kerajaan pula, semuanya dalam kawalan dan tunggulah hasil semakan oleh
Jabatan Audit Negara. Jika tunggu berapa lama dan sampai bila? Perlu
ada jangka waktunya supaya rakyat tidak gelisah.
*******************
Isu ekonomi negara ini bukan hanya tentang 1MDB, tetapi juga tentang
pemberian sekeping tanah oleh THP dari syarikat 1MDB dan juga GST.
Tentang pemberian tanah oleh THP, rakyat tidak marah jika untuk pelaburan yang boleh membawa keuntungan kepada pendeposit.
Rakyat cuma mahu tahu kenapa THP membeli tanah ini dengan harga
RM2,880 sekaki persegi dari 1MDB, sedangkan 1MDB mendapat tanah
tersebut dengan harga RM60 sekaki sahaja dari kerajaan. Kenapa 1MDB
membelinya dengan harga RM4 juta dari kerajaan, THP pula membelinya
dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta?
THP hanya perlu jawab
sahaja pertanyaan ini. Tetapi Alhamdulillah, kelmarin THP telah pun
menjawab hal ini dengan menyatakan akan menjual semula tanah ini dengan
kentungan RM5 juta.
*********************
Tentang GST, rakyat juga tidak marah jika pelaksanaannya sama seperti
yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan
membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya
untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6% kepada hanya 6%
sahaja.
Realitinya, apabila dilaksanakan harga barang keperluan
naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun
dikenakan GST. Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad
prabayar ini dengan Telco, tetapi sampai sekarang belum ada lagi
pengumuman mengenai penyelesaiannya.
Apabila harga keperluan
meningkat, rakyat marah dan menuntut penjelasan. Apabila rakyat
mengeluh, keluarlah kenyataan rakyat tidak berterima kasih; pembangkang
mengambil kesempatan dan lainnya. Isu rakyat telah ditukar menjadi isu
politik kepartian. Mengapa sampai begitu?
Di akhir analisis,
saya dapati rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada
isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi
jawapan yang boleh meyakinkan rakyat?
Melihat kembali, saya fikir wajar kita turut merenung kebuntuan TPM.

No comments:
Post a Comment