Thursday, 7 May 2015

Pilihan Raya Kecil : capan Kazim Alias lebih bersifat politik
















Oleh ANIS NAZRI





KUALA LUMPUR: Ucapan Dato’ Mohammad Kazim Elias yang menyeru pengundi Permatang Pauh
agar mengundi calon yang menyokong hudud lebih bersifat politik, bagi
memenangkan calon BN, Suhaimi Shabuddin pada pilihan raya kecil (PRK)
Permatang Pauh.



Walhal, penceramah bebas itu sepatutnya perlu
bertanya atau mengambil tahu pendirian KeADILan yang beriman kepada
hukum Allah, tegas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Ke-
ADILan, Dr Md Nur Manuty.



Bercakap kepada Harakah 5
Mei lalu, Md Nur berkata, KeADILan berpendirian bahawa soal hudud itu
berkait dengan keimanan dengan mana-mana yang beragama Islam di dalam
parti itu.



“Bukan sahaja KeADILan, Dato’ Seri Wan Azizah Wan
Ismail sendiri berpendirian bahawa hudud ini berkait dengan keimanan
bagi mana-mana yang beragama Islam.

Jadi sudah tentulah kami di dalam KeADILan beriman dengan hukum Allah,” kata beliau.



Bagaimanapun, kata beliau, timbulnya perbezaan pendapat berkaitan hukum
hudud apabila ia melibatkan soal pendekatan dan persiapan undang-undang
itu sendiri.



“Cuma soalnya beza pendapat dengan pandangan ulamak
yang mana perlu berlaku secara beransur- ansur, melihat realiti, dalam
masa sama mengutamakan Maqasid Syariah. Bukan soal KeADILan mahupun Wan
Azizah tidak menyokong hudud,” kata Md Nur lagi.



Sementara itu,
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata,
Umno sendiri tidak pernah menyatakan pendirian tentang sokongan mereka
terhadap hudud.



“Secara umumnya, memang orang Islam wajib menyokong hudud, tetapi siapa yang dimaksudkan beliau (Ustaz Kazim)?



Kerana Umno sendiri belum menyatakan pendirian mereka tentang sokongan
terhadap hudud itu sendiri,” tegas beliau. Sebelum ini, Ustaz Kazim
mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan
raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.



Merujuk kepada
sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini, Kazim
berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu
dilaksanakan.



“Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan
tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali
pun macam mana undang-undang itu hendak menang.



“Sebab itu di
Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen
itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak,” kata beliau dalam
ceramahnya di Permatang Pauh.


No comments:

Post a Comment