Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP menasihatkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul
Aziz supaya memberi tumpuan kepada agenda mereformasi pilihanraya
sepertimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
tiga tahun lalu, berbanding melayan cadangan-cadangan mengarut.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan
berkata, cadangan untuk mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil
rakyat supaya sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam matapelajaran
Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh
diterima.
Dua hari lalu, Aziz membuat cadangan tersebut sebagai respon kepada
kenyataan Profesor Ridhuan Tee Abdullah yang mahu SPR mensyarakat
individu yang ingin menjadi wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri perlu sekurang-sekurangnya mendapat kepujian
Bahasa Malaysia dalam SPM.
Ridhuan turut mencadangkan agar wakil rakyat ditemuduga mengenai
penguasaan Bahasa Malaysia dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan
bertanding.
Namun, menurut Teresa lagi, jika syarat keperluan kepujian dalam
Bahasa Malaysia dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, sudah
tentu ramai ahli politik Sarawak termasuk Ketua Menteri mereka sendiri
tidak layak untuk bertanding.
Menurut beliau sembilan anggota kabinet Sarawak menduduki kertas
Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Senior Cambrigde (SCE) dan Sijil
Tinggi Persekolahan (HSC), yang setaraf dengan SPM Tingkatan Lima serta
peperiksaan STPM Tingkatan Enam.
“Jika cadangan itu diterima, ramai calon berpotensi yang mempunyai
semangat serta keupayaan untuk berkhidmat kepada negara serta rakyat di
Timur dan Barat Malaysia akan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan
raya akan datang.
“Ini kerana akan ada ramai di antara mereka yang sama ada tidak
mempunyai kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM atau tidak mengambil SPM,”
ujarnya.
Tegas Naib Pengerusi DAP itu lagi, ada baiknya Aziz memberi tumpuan
kepada cadangan pembaharuan pilihanraya yang sehingga kini masih tidak
ditunaikan walaupun pelbagai gesaan telah dibuat.
“Walaupun negara telah menyaksikan PRU ke-13 lalu, masih begitu
banyak kelemahan dan kecacatan dalam pilihanraya yang belum ditangani.
“Aziz perlu memberi fokus kepada pembaharuan yang diperlukan dan
memastikan pilihanraya Malaysia bebas, adil, dan bersih,” katanya. –
Roketkini.com
No comments:
Post a Comment