Karim dan isterinya, Datin Norhaffiza Husni bermesra
dengan Nur Firuza Amira ketika melawat keluarga kanak-kanak itu di Taman
Batu Muda, Batu Caves, Khamis.
bersetuju untuk mengambil seorang daripada dua anak mangsa kemalangan
maut di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sebagai anak angkat dibawah
program yayasan itu.
Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Karim Mustafa sebagai
salah satu cara untuk mengurangkan beban keluarga mangsa.
"Datuk Seri Shafie Apdal meminta agar pihak Yayasan Pelajaran Mara
mengambil anak sulung mangsa iaitu Nur Firuza Amira yang kini berusia
tujuh tahun sebagai anak angkat dibawah program anak angkat.
"Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara iaitu Datuk Yusoff Dohab juga sudah
bersetuju membiayai persekolahan kanak-kanak tersebut," katanya kepada mStar Online.
Beliau ditemui selepas menziarah dua anak mangsa iaitu Nur Firuza
Amira dan adiknya, Nur Firuza Akila, 3 di kediaman mangsa, di Batu
Caves, di sini, Khamis.
Tambahnya lagi, menerusi program anak angkat itu, YPM
bertanggungjawab menanggung persekolahan kanak-kanak itu sehingga tamat
peringkat menenggah.
"Menerusi program tersebut, Mara akan menanggung perbelanjaan bermula
dari sekolah rendah hingga menengah iaitu RM80 hingga RM100 setiap
bulan.
"Jika selepas sekolah menengah dia ingin menyambung pelajaran di
institusi pengajian tinggi, tindakan susulan akan dilakukan untuk tajaan
peringkat pengajian tinggi," ujarnya.
Karim mewakili Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Independent
Regiment menyampaikan sumbangan kepada Norma Toso yang juga ibu mangsa
kemalangan DUKE.
Beliau berkata, buat masa ini, YPM menumpukan kepada anak pertama mangsa kerana kanak-kanak tersebut sudah bersekolah.
Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau akan membantu keluarga
tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh selepas
kematian mangsa.
"Keluarga ini masih banyak yang perlu dibantu. Mereka juga ada
menyatakan kekeliruan untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan
kemalangan yang berlaku.
"Mereka mahu menyelesaikan urusan nama kenderaan kemalangan dan
beberapa urusan lain berkaitan Allahyarham dan Insya-Allah saya akan
bantu memudahkan urusan tersebut,"ujarnya.
Pada lawatan tersebut, Abdul Karim hadir bersama tujuh ahli Kelab
Motosikal Berkuasa Tinggi Independent Regiment bagi menyampaikan sedikit
bantuan dan sumbangan ikhlas.
Dalam kemalangan pada Sabtu lalu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova
Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur
Annisa Firuza tercampak dari kenderaan mereka selepas dirempuh Myvi
yang dikatakan sedang berlumba.
Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian, manakala Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment