Monday, 11 May 2015

Majlis Fatwa tidak pernah bincang pembelian tanah 1MDB – Mufti Perlis







Beliau mengesahkan tiada sebarang mesyuarat
oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membincangkan pembelian tanah 1MDB
oleh Tabung Haji.







tabung-haji-1MDB-maza








PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengakui
beliau tidak terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengesahkan pembelian tanah IMDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menepati
pematuhan syariah.




Katanya, sejak dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada 1 Februari
lalu, beliau tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk
membincangkan perkara itu.




Malah, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang mesyuarat yag dibuat majlis itu khusus membincangkan pembelian tersebut.




“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan Ahli
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya
tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan
tentang pelaburan 1MDB,” tulis Asri dalam satu kenyataan Facebook.


Beliau menjawab pertanyaan mengenai penglibatan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam pembelian tanah itu.




“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” jawabnya ringkas.




Kenyataan Asri itu ternyata bercanggah dengan kata-kata Pengerusi
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor
Husin yang menyatakan pembelian tanah bernilai RM188.5 juta itu menepati
syarat-syarat pematuhan syariah.




Shukor berkata, urusan pembelian hartanah untuk pembangunan itu adalah sah dan dijalankan tanpa membabitkan unsur-unsur gharar (meragukan).




Shukor, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji menyifatkan
pembelian tanah itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya
dijalankan denga



n sangat telus serta mengikut kaedah-kaedah jual beli
dalam Islam.




“Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan
kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan.




“Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga
sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh
berlaku (urusan) jual beli itu,” kata Shukor dalam sidang akhbar pada
Sabtu lalu.




No comments:

Post a Comment