Tuesday, 5 May 2015

Mahathir tak tergamak sebut nama Anwar atau Tengku Razaleigh jadi PM

MSO





Kebenaran itu tidak boleh disembunyikan kerana kalau pun ia
ditimbus lama-lama ia akan terkeluar juga nanti. Apa yang menimpa diri
Dr Mahathir Mohamad ini bertepatan dan dengan gambaran itu. Selama mana
Mahathir boleh melindungi sesuatu dalam dirinya. Kebenaran akan tersebut
juga, kalau tidak kuat tetapi perlahan.








Anwar Ibrahim

Ada sesuatu yang lama tersimpan dalam hati bekas PM itu tetapi tidak
disebutnya. Tetapi seperti sebiji buah dipohon apabila ranum ia akan
gugur dengan sendirinya.



Hari ini Mahathir sudah memperakui ada orang lain yang lebih baik untuk
menjadi perdana menteri sebagai mengganti Najib Razak yang sedang beliau
gerudikan sekarang ini. Beliau tidak menyebut siapa orang itu, tetapi
sudah pasti ianya bukan Hassan Melek atau Ahmad Maslan.



Apabila Mahathir menyebut itu walaupun secara sinis,
tetapi hatinya tidak boleh berbohong. Mahathir kenal dan tahu sejauh
mana kebolehan Muhyiddin Yassin yang mengikut tradisinya akan menjadi
pengganti Najib seperti diucapkan itu. Mungkin perkara ini ada beliau
sebut kepada isterinya sebagai melepas gian dan sebak.






Abdullah Badawi




Tengku Razaleigh Hamzah

Siapakah gerangan sosok yang Mahathir sebutkan itu. Kenapa beliau hanya
mengakui tetapi malu untuk menyebut. Apakah beliau rasa berdosa dengan
dirinya sendiri?



Seperti saya sebut tadi tokoh itu bukan Ahmad Maslan, atau Hassan atau
pun orang lebih layak Khairy Jamaluddin. Dan kalau pun Khairy Jamaluddin
dilihat ada kebolehan tetapi Dr Mahathir tetap tidak akan menerimanya.
Baginya Mukhriz jauh lebih baik dan pantas daripada Ketua Pemuda Umno
itu.



Saya boleh agak siapa yang ada dalam sudut hati Mahathir yang tidak
disebut itu. Buat masa ini orang masih relevan untuk jadi PM, ialah
Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Mahathir mengenali kebolehan
dan pengaruh kedua orang ini. Jika dibandingkan dari segi pengalaman dan
karismatik dengan nama-nama seperti Ahmad Zahid Hamidi ataupun
Hishamuddin Hussein, kedua nama itu lebih sesuai. Jika diadakan
referendum mereka akan menang.



Tengku Razaleigh sangat diketahui seorang politician yang beradat
dan penuh profesional. Tengku seorang yang rasional dan gantlemen dalam
berpolitik, Tengku Razaleigh tidak dapat jadi PM selepas Mahathir
kerana anak raja itu terlalu baik dan tidak tahu bermain huduh dalam
politik biarpun Mahathir pernah mengkhianatinya.



Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Mahathir tidak dapat melupai
"kebiadapan" Anwar kepadanya, tetapi dalam masa sama beliau tidak dapat
menafikan kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Selama 12 tahun
beliau mendidik dan mengasuh Anwar untuk menjadi penggantinya. Silapnya
Mahathir, kerana terlalu mendengar maklumat daripada konspirator yang
benci dan dengki dengan Anwar. Itulah kesilapan Mahathir yang akhirnya
menyusahkan dirinya sendiri dalam mencari penggantinya.



Hari ini Mahathir seakan menyesal dengan apa yang berlaku. Kalau dia
mahukan Anwar, tetapi jalan untuk dibawa kembali Anwar itu bukan mudah
kerana kekuasaanya ditangan Najib. Mahathir cuba hendak bertindak
menjadi Bendahara Melaka membawa balik Hang Tuah, bagi menyelamatkan
keadaan tetapi keadaannya bukan mudah.



Saya yakin kalau Dr Mahathir ada ada kuasa sakti dia akan merobohkan
tembok penjara untuk mrembebakan Anwar bagi menyelamatkan keadaan negara
ditangan Najib yang mencemaskan baginya. Kebenciannya kepada Najib
melebihi dendamnya kepada Anwar?



Mengenai Tengku Razaleigh pula, Mahathir melihat tokoh ini sudah lanjut
usianya. Musimnya sudah hampir berlaku. Menyokong Tengku Razaleigh untuk
jadi jadi PM, tidak menguntungkan kerana itu ia lebih baik membiarkan
Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri setidak-tidaknya Muhyiddin akan
mengenang jasanya, seperti mana dia mengenang jasa Tun Razak, kemudian
dia menulis surat kepada Abdullah Badawi agar lantik Najib jadi
timbalan.





Percayalah Dr Mahyathir kini berputar dalam dirinya bila mengenangkan
Najib. Dia ada cadangan tetapi untuk melaksanakanya tidak mungkin kerana
semua kekuatan berada di tangan Najib. Apa yang Mahathir dapat lakukan
mengalunkan cerita dongeng dalam majlis-majlis anjuran orang-orang
seperti Inchek Ibrahim Ali.


No comments:

Post a Comment