Tuesday, 5 May 2015

DAP paling ramai gagal guna Bahasa Melayu












Pemimpin veteran dan ahli lama dalam DAP
dikatakan paling ketara gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas
termasuk Lim Kit Siang.







Dap-ramlah








PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP dikatakan paling ramai gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas di Dewan Rakyat.




Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia
Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perkara itu paling
ketara di kalangan pemimpin veteran dan ahli lama parti itu termasuk Lim
Kit Siang.




“Kebanyakkan wakil rakyat mengunakan Bahasa Melayu, cuma segelintir
pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang sahaja yang didapati
menggunakan Bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi FMT.




Ramlah berkata, isu pengunaan bahasa tidak sepatutnya timbul tetapi
peraturan yang dilaksanakan sejak tahun 1957 sudah tidak diikuti
disebabkan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.




“Pemerintah terlalu bertolak ansur dan tidak melaksanakan peraturan tersebut dengan tegas,




“Wakil rakyat seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat
dengan mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan, namun perkara itu
tidak berlaku secara menyeluruh di negara kita,” jelasnya lagi.




Mengambil contoh kejadian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak
apabila beberapa pemimpin politik memakai pakaian yang tidak
menghormati sidang DUN, Ramlah akui ia sebagai bukti pemimpin tersebut
tidak layak menjadi wakil rakyat kerana undang-undang yang dipersetujui
bersama tidak dipatuhi.




“Semangat perkauman jelas lebih tinggi daripada semangat patriotisme,” katanya.




Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman
pula menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak
fasih berbahasa Melayu diwajibkan mengikuti kursus bahasa.




“Membiarkan perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius
memartabatkan Bahasa Melayu. Sudah sampai masa untuk membuat
pembetulan,” katanya.


No comments:

Post a Comment