Tuesday, 12 May 2015

Lebih 1,000 Pati Rohingya, Bangladesh Dibuang Di Perairan Langkawi



Oleh: OH CHIN ENG












Sebahagian daripada lebih 1,000 Pati warga Bangladesh
dan Myanmar Rohingnya termasuk wanita dan kanak-kanak yang ditahan di
perairan Langkawi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Langkawi,
Selasa. Foto BERNAMA















LANGKAWI:Kumpulan
penyeludup manusia di Thailand 'membersihkan' khemah pelarian di
selatan negara itu berikutan pihak berkuasa melancarkan operasi
membanteras aktiviti berkenaan secara besar-besaran.




Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) dibuang di
perairan Langkawi selepas mereka ditahan di hutan Thailand selama
beberapa minggu.




Kesemua Pati dibawa dengan menaiki bot dan ditinggalkan di perairan
Langkawi selepas perjalanan selama sejam dari Satun di selatan Thailand.




Dipercayai ia merupakan ketibaan pati yang terbesar di Malaysia dan
mungkin disebabkan oleh tindakan kerajaan Thailand yang membanteras
aktiviti pemerdagangan manusia dan kem pelarian di sempadan
Thailand-Malaysia.









Kumpulan pertama Pati wargaMyanmar Rohingnya dan Bangladesh ditemui
di pantai Kuala Muda di Padang Matsirat di sini pada pukul 12.30 pagi
Isnin selepas bot yang dinaiki mereka tersangkut di kawasan pemecah
ombak di perairan itu pada pukul 10.30 malam Ahad lalu.




Satu kumpulan lagi ditemui menuju ke muara sungai Kuala Temeyong di
sini pada pukul 2.30 pagi Isnin, kira-kira 10 kilometer dari lokasi
pertama.




Sumber berkata, mereka diarahkan untuk terjun ke sungai dan berenang ke pantai.





Kesemua Pati yang ditemui berada dalam keadaan basah, penat dan
kelaparan. Kebanyakan mereka berkaki ayam dan ada segelintirnya hanya
memakai kain sarung tanpa berbaju.



Difahamkan antara mereka meninggal dunia kerana sakit dan kebuluran dan mayat mereka dibuang ke laut.



Terdapat penduduk tempatan yang menawarkan mereka roti dan air.



Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harrith Kam Abdullah berkata, polis
menemui 1,051 Pati warga Bangladesh dan Rohingya pada Isnin.



Mereka terdiri daripada 463 warga Rohingya - 103 wanita dan 61 kanak-kanak serta 588 warga Bangladesh.



"Kita percaya mereka berlepas dari negeri Rakhine di Myanmar dan
warga Bangladesh pula melalui sindiket tempatan mereka. Mereka dibawa ke
Malaysia melalui Thailand.



"Mereka berada di Thailand untuk beberapa lama sebelum dibawa ke perairan Langkawi," katanya pada Isnin.



Harrith Kam berkata, polis akan menjejaki lebih ramai Pati yang tiba di Langkawi.



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan para nelayan turut bekerjasama untuk memantau sebarang kehadiran Pati.



Dilaporkan Pati itu datang ke Malaysia selepas ditipu sindiket yang menjanjikan mereka dengan pekerjaan.



Pihak berkuasa Thailand memulakan operasi membanteras aktiviti itu
secara besar-besar selepas penemuan kem pelarian dan kubur besar dengan
33 mangsa pemerdagangan di selatan Thailand sejak 1 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment