Mereka perlu bersuara atas tanggung jawab amar makruf mungkar nahi mungkar iaitu mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.
PETALING JAYA: Golongan ulama diminta supaya tidak berdiam diri dalam
isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Lembaga
Tabung Haji (TH) pada harga berkali ganda lebih tinggi.
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, golongan itu
bertanggungjawab bersuara atas dasar amal makruf nahi mungkar iaitu
mengajak manusia melakukan perkara kebaikan dan amencegah manusia
daripada melakukan perkara tidak baik.
Beliau berkata, TH merupakan lambang kebanggaan ekonomi umat Islam
dan apa yang berlaku amat memalukan orang Islam di negara ini.
“Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab
amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu
dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh
menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini,” katanya.
Asri berkata, siasatan telus perlu dijalankan untuk membawa mereka yang khianat kepada amanah negara ke muka pengadilan.
Merujuk kepada tiga pegawai atasan TH yang ada kaitan secara langsung
dengan 1MDB, Asri berkata, jika berita yang disebarkan itu berasas, ia
merupakan perkhabaran yang sangat mendukacitkan.
“Mereka semua yang terlibat , tidak memadai sekadar meletakkan jawatan,” katanya.
Tiga pegawai atasan itu, Pengarah TH , Tan Sri Esmee Ismail yang
merupakan Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Timbalan Pengarah TH, Datuk Johan
Abdullah juga merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy
manakala Panel Pelaburan TH, Datuk Abdul Samad Alias adalah Ahli Panel
Penasihat 1MDB.
No comments:
Post a Comment