Tuesday, 12 May 2015

“Apa BN Pulau Pinang buat untuk kurangkan beban akibat GST?

lgeeeeee



Roketkini.com





GEORGE TOWN, 12 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas
pembohongan Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa belanja
operasi kerajaan negeri tidak tertakluk kepada Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).




Guan Eng berkata, tuduhan Teng bahawa operasi Pulau Pinang berjumlah
RM100.25 juta seperti gaji dan pembayaran pencen dikecualikan GST adalah
mengarut sama sekali.




Ujarnya, bukan hanya gaji dan bayaran pencen (tidak tertakluk kepada
GST) dimasukkan dalam belanjawan operasi, tetapi kos pentadbiran dan
bekalan tertakluk kepada GST.




“Saya ingin tegaskan, belanjawan operasi kerajaan negeri 2015 adalah RM887.24 juta, bukannya RM100.25 juta seperti didakwa Teng.




Ujarnya, GST menyebabkan masalah kewangan, memaksa banyak perniagaan
seperti kedai runcit, kedai perkakas dan kedai perubatan tradisional
Cina ditutup.




“Saya tidak mahu membuang masa dengan orang seperti Teng yang hanya
pandai membuat serangan peribadi tapi lari dari menangani isu-isu
rakyat.




“Bolehkan Teng menjawab mengapa beliau menyokong dan bukannya
menentang GST dan apa yang beliau lakukan untuk mengurangkan beban
rakyat akibat GST?” soal Guan Eng.




Pada masa sama, beliau juga menyambut baik usaha kerajaan Terengganu
yang turut sama mengecualikan GST selama setahun bagi perkhidmatan pihak
berkuasa tempatan.




Namun katanya, berbanding Terengganu yang hanya menanggung beban GST
selama setahun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menanggungnya setiap tahun, dengan
jumlah RM15.631 juta dan RM5.83 juta.




“GST sama sekali tidak adil, apabila perkhidmatan kerajaan,
projek-projek pembangunan seperti binaan jalan, longkang, pasar dan
dewan orang ramai untuk kepentingan rakyat serta bukan untuk bukan
keuntungan adalah tertakluk kepada GST.




“Itu sebabnya apabila Johor mengumumkan mereka akan menyerap GST bagi
perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan memohon pengecualian daripada
Kementerian Kewangan, ia adalah protes serta penentangan terhadap GST,”
tegasnya.




Menurut Ahli Parlimen Bagan, sebelum Johor membuat pengumuman itu,
hanya Pulau Pinang saja yang membantah perkhidmatan kerajaan yang
tertakluk kepada GST.




Guan Eng pada 4 Mac lalu telah menulis surat kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak meminta pengecualian GST, namun sehingga kini
tidak mendapat sebarang jawapan. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment