Oleh H FANSURI
PETANG 30 April sekitar 6:30 petang, sehari sebelum demonstrasi bantah GST tanggal 1 Mei, saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Di sana, kebanyakan tempat dagangan buku sudah mula ditutup.
Memang ia ditutup lebih awal. Dan, menurut para pekerja di situ,
segala urusan dagangan akan berakhir menjelang Maghrib.“Hari ini tutup
jam 7 petang,” kata seorang pemuda. “Kebiasaannya sebelum ini, kami
berurusan sehingga jam 9 malam.”
Petang itu, di atas pentas,
berdekatan ruang legar aras bawah, sekumpulan warga Arab Saudi sedang
bermainmain sayembara dengan hadirin. Entah permainan apa? Ia mungkin
teka-teki yang menyeronokkan. Dan tenggelamlah segala pertanyaan
mengenai kerosakan yang dicetuskan Raja Salman terhadap Yaman. Kaburlah
pandangan setiap orang untuk bertanyakan soalan berhubung tujuan
serangan tersebut dilakukan.
“Kata pesta mungkin mempengaruhi fikiran
revolusioner untuk tidak melakukan perubahan dan penggulingan,”
berdesis hati ini. “Adakah pesta buku yang dirancang oleh Umno Apco ini
akan membuat setiap ahli masyarakat semakin cerah pemikirannya?”
Merujuk Kamus Dewan DBP, kata ‘pesta’ ini dikaitkan dengan makna,
“Majlis bersuka ria dengan mengadakan makan minum (tari-menari dan
lain-lain).” Selain itu, ia dihubungkan dengan main pesta pantai yang
dirujuk sebagai acara bersuka-sukaan di pantai yang disertai dengan
beberapa pertunjukan dan hiburan.
Makna pesta dan contohcontoh ayat
Berikut dibariskan beberapa makna pesta dan contoh ayat yang berkaitan
dengannya, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Makna pesta adalah...
1. Peristiwa yang kelihatan, pertunjukan, tontonan: Contoh ayat,
“Beliau akan menyampaikan hadiah kepada yang berjaya pada akhir PESTA
sukan tersebut.”
2. Pemandangan yang menarik hati, keindahan
alam: Contoh ayat, “Baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat
PESTA negerinegeri orang; bertemasya pergi mengembara untuk menghiburkan
hati (melihat-lihat pemandangan yang indah-indah dan lain-lain).”
3. Kerja dan sebagainya menjamu (bersuka ria dan lain-lain) untuk
merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: Contoh ayat, “Dia selalu pergi
menghadiri PESTA jamuan yang diadakan.”
‘pesta lagu’ ~ Pertandingan lagu yang mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (seperti jaz, rap, dan lain-lain).
‘pesta makanan’ ~ Kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual
pelbagai rencah resipi masakan yang beraneka rasa (seperti masakan
pedas, manis, masin, dan lain-lain).
‘pesta ria’ ~ acara
keramaian untuk bersuka ria yang diadakan di tempat lapang dan
sebagainya, biasanya disertai berbagai bagai aktiviti lain seperti
pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dan sebagainya; berpesta,
berpesta-pesta bersuka ria (dengan makan-makan, berdansa, dan
lain-lain).
“Mereka PESTA RIA sahaja selepas kejayaan itu.”
‘pesta pora’ ~ berpesta besar (mengadakan perayaan besarbesaran dengan
makan minum dan lain-lain).
‘pesta-pestaan’ ~ perihal
berseronok-seronok (bersuka ria). “Kebudayaan itu adalah suatu yang
serius, bukan sekadar riuh-rendah PESTA-PESTAAN.”
Pesta, ‘fiesta’ dan amalan kesyirikan
Ada kemungkinan kata ‘pesta’ berasal daripada ‘fiesta’. Menurut
Wikipedia, ‘fiesta’ (Sepanyol) merujuk ‘festival’ dan ‘party’. Selain
itu, kita pernah dengar perayaan ‘Oktoberfest’ (October Festival) di
mana pengunjungnya meraikan minuman keras pada bulan Oktober.
Pendek kata, pesta sangat akrab kepada keseronokan dan hiburan. Selain
itu, kita lihat kata ‘pesta’ dihubungkan dengan ‘Pesta Puja Pantai’.
Jadi pesta sangat akrab dengan hal kesyirikan dan khurafat.
Menurut Wikipedia, pesta ini turut dikenali sebagai ‘Menjamu Hantu
Laut’, atau ‘Menyemah Pantai’. Ia adalah upacara yang dilakukan kaum
petani dan nelayan Pantai Timur sebelum musim menangkap ikan.
Laporan Wikipedia seterusnya adalah seperti berikut, “...Seekor kerbau
balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi
menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar
tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga
dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di
Melaka.
Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama
beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan
khemah dan pentas pelbagai permainan, terutamanya di pantai Batu Buruk.
“Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai,
sekitar Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat
memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk
mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan.
Seorang
pegawai kanan perikanan dari Jabatan Perikanan Negeri-Negeri Selat dan
Pertempatan Melayu Persekutuan turut melaporkan bahawa ia turut
dilakukan di Pulau Ketam pada 14 Januari 1936, yang menggunakan seekor
kambing jantan sebagai bahan utama persembahan. Persembahan untuk pesta
puja pantai ini termasuklah upacara menepung tawar, bertih, beras
kunyit, kemenyan dan sebotol arak.
“Seekor kerbau balar (putih)
berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan
upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada
masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan ‘Allah’ sering
disebut.
“Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air
laut. Upacara diadakan pada hari kedua.
Kerbau disembelih pada waktu
Maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir
sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi
daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit.
Beberapa
jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing
diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian
daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya
mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah
dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan
tadi ke laut lepas.
Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri.
“Bagi nelayan di Mukim Beserah pula, lima batu dari timur laut Kuantan,
pesta ini tidak diadakan selagi pawang atau orang kampung tidak
bermimpi semangat laut yang mereka namakan jembalang laut meminta agar
diadakan pesta ini. Di Kijal, pesta seperti ini diadakan di pantai
Kemaman, dan berlangsung selama tiga hari...”
Syahadan kata
‘pesta’ yang dihubungkan kepada ‘pesta buku’ ini sangat tidak sesuai
kerana banyak maknanya terheret ke arah hiburan, keseronokan,
berfoya-foya dan maknanya boleh ditarik-tarik sehingga terjebak ke
lembah kesyirikan dan amalan khurafat.
Namun, oleh kerana yang
menajanya adalah Umno Apco (parti syirik dan khurafat) yang berpejabat
di PWTC, maka kita pun sedia maklumlah kenapa hal ini berlaku.
Arakian, kalau kata ‘pesta’ itu tidak tepat, maka menurut fikiran
saudara, perkataan apakah yang boleh menggantikan kata ‘pesta’ agar ia
lebih sesuai dirujuk kepada kegiatan keilmuan itu? Bincangkan...
No comments:
Post a Comment